What is Score A Programme™?
Is a fully interactive programme based on the official government syllabus that has been proven effective to help students be exam ready and Score A’s. "Your Dream, Our Vision, Do Not Choose To Be A Commoner.!"

Wednesday, March 31, 2010

Score A Programme™ - 2010 New Year Promotion Extended



Please take note that the below Top Up Promotion have been EXTENDED!

Promotion period ENDED 15/4/2010.!!!

Any Top Up of 3 months / 6 months on or before 15/4/2010 will be given extra 3 months / 6 months F.O.C.

All Top Up shall expire on or before 31/12/2010 whichever earlier.

Tuesday, March 30, 2010

Score A Programme™ - Potensi Edisi 17, Tahun Ke-3 2010

Anjakan Paradigma Berubah Ke Arah Minda 1%





Minda yang dijajah adalah minda orang yang pasrah untuk bekerja dengan orang lain meskipun tiada pilihan atau terpaksa menjawat jawatan yang paling rendah sekali.
- Aziz Samad, Bapa Anjakan Paradigma

Monday, March 29, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC 2010 - Gerai Jualan (Booth) Score A Programme


Belikut ini merupakan beberapa gambar aktiviti kami bersama pengunjung dan pelanggan Score A Programme™ di Gerai Jualan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 - 28 Mac 2010 tempohari.



Tempat: Pesta Buku Antarabangsa 2010, Kuala Lumpur PWTC
Tarikh: 27 dan 28 Mac 2010
Masa: 10.00am - 8.00pm



Sambutan adalah sangat memberangsangkan dan diluar dari jangkaan. Penerimaan pengunjung terhadap produk Score A Programme™ adalah sangat HEBAT!. Kami semua mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan dan prestasi pelajaran anak-anak mereka.


Tuesday, March 16, 2010

Score A Programme™ - i-Teacher Sample

Score A Programme™ - i-Teacher


About Score A Programme™ - i-Teacher

A research product of the researchers of the School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia (with Associate Prof. Dr. Zuraidah Abd. Rahman
& Associate Prof. Omar Majid). Started in 2006.

Founded by a number of research grants from the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), the Ministry of Higher Education and Universiti Sains Malaysia.

Our Panel

Prof. Hanafi Atan
B.Sc. Hons. (Warwick), M.Sc. (Sussex), Ph.D. (Sussex)

Professor of e-Learning
School of Distance Education
University Sains Malaysia





Award

International Technology
Exhibition (ITEX 2008) Award


i-Teacher Unique Features

A. Comprehensive contents.

B. In-house developed in accordance to sound instructional design principles includes pictures and graphics.

C. Translation from English to Bahasa Malaysia on selected terminologies.

D. Links to external resources (other websites and animations) from the contents.

E. A large number of solved problems.

F. The intelligent avatar is a pedagogical agent (tutor, coach or teacher) consisting of a virtual reality avatar. It is highly interactive and provides feedback on questions posed to the i-Teacher via a computer-stimulated voice and printed texts. It has a high degree of realism. It provides highly intelligent responses to all questions (social questions or course contents related) forwarded to the avatar.

G. Animation (developed in-house).

H. On demand power point tutorials.

I. Interactive assessment.

J. Other learning tools (interactive diagrams, brain teasers, flip books, educational games, etc)

Monday, March 15, 2010

Score A Programme™ - SPM 2009 Students Congratulation

Score A Programme™ - 1 Malaysia 1 Card Activate It Now

Thursday, March 11, 2010

SPM 2009 - 7987 Pelajar Cemerlang

Sumber Utusan Malaysia - 12/03/2010

Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Daripada jumlah itu, seramai 255 calon mendapat gred cemerlang tertinggi A+ iaitu 214 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 41 calon lagi merupakan calon persendirian, swasta dan sekolah tajaan agensi.

Pada keseluruhannya pencapaian calon kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.

Pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.




255 dapat A+
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2010/03/12


Pencapaian SPM 2009 membanggakan, 7,987 peroleh gred cemerlang

PUTRAJAYA: Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam dua calon mendapat keputusan A+ bagi semua 15 subjek, satu calon (14 subjek), tiga calon (13 subjek), 19 calon (12 subjek), 59 calon (11 subjek), 79 calon (10 subjek) dan 51 calon (sembilan subjek).

Sambil menyifatkan pencapaian keseluruhan tahun ini membanggakan, Alimuddin berkata, 364,046 calon mendapat sijil SPM kali ini, berbanding 347,443 pada 2008.

Beliau berkata, walaupun peratusan bagi 2009 dan 2008 adalah sama, iaitu 90.8 peratus, ada pertambahan calon seramai 16,603 yang berjaya mendapat sijil SPM kali ini. Katanya, Gred Purata Nasional (GPN) SPM menunjukkan pencapaian lebih baik, iaitu 5.34 berbanding 5.51 tahun sebelumnya.

Beliau berkata, 68,131 atau 17 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008.

Bagaimanapun, katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G turut meningkat, iaitu 4,626 atau 1.15 peratus berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada tahun sebelumnya.

Alimuddin turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, sebagai pelajar terbaik SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

Sembilan pelajar terbaik lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

Sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

Tahun lalu, 465,853 pelajar menduduki SPM membabitkan 406,420 atau 87.2 peratus calon Kementerian Pelajaran; calon persendirian perseorangan (32,561/tujuh peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta (11,036/2.4 peratus); sekolah menengah agama negeri (8,765/1.9 peratus), manakala Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Kementerian Pertahanan (7,071/1.5 peratus).

Alimuddin juga berkata, 258 daripada 538 calon istimewa atau 51.9 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 208 atau 47.8 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, seorang calon rabun penglihatan berjaya mendapat keputusan cemerlang 4 A+, 3 A, 4A- daripada 11 mata pelajaran yang diambil, manakala seorang lagi mendapat 4A+, 3A, 3A- daripada 10 mata pelajaran.

Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, 66 sekolah dikategorikan cemerlang, 278 baik, 1,654 pada tahap memuaskan dan 143 berpotensi.

Beliau berkata, calon yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu turut menunjukkan peningkatan daripada 25.4 peratus pada 2008 kepada 31.3 peratus tahun lalu, manakala Bahasa Inggeris meningkat kepada 75.6 peratus berbanding 73.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Seramai 97,341 atau 24.3 peratus calon memperoleh sijil GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 berbanding 87,383 atau 22.9 peratus pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 15,289 atau 3.8 peratus calon berjaya memperoleh gred 1A atau 2A berbanding 12,645 atau 3.3 peratus sebelum ini.

Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Alimuddin berkata, 3,138 calon berjaya memperoleh sijil itu berbanding 3,098 pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 422 memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) berbanding 562 pada tahun sebelumnya.

Tuesday, March 9, 2010

Score A Programme™ - Sijil Pengesahan dan Kepatuhan Syariah



Alhamdulillah dan Tahniah kami ucapkan, pada 7 Februari 2010 bersamaan 22 Safar 1431 Kenshido International Sdn. Bhd. telah mendapat Sijil Pengesahan dan Kepatuhan Syariah produk portal Score A dan juga pelan pemasaran bebilang tingkatnya.

Score A Programme™ - 1 Malaysia 1 Card

Score A Programme™ - i-Teacher Unique Features


i-Teacher Unique Features


Animation:

A large array of specially developed animations is embedded for the effective representation of the concepts of the subject contents. Links are also provided within the contents to enable the students to gain access to additional animations and resources made available in the internet.


Self Assessment:

Self-assessment with automatic feedback is provided. This consists of large numbers of sample questions and solutions that are geared towards preparing the students for the SPM examination. All questions are accompanied by appropriate feedback on how to arrive at the correct solutions. The feedback will highlight the mistakes and errors commonly made by students and provide them with guides on how to arrive at the correct solutions.


Intelligent Avatar

The i-Teacher, an intelligent avatar with a high degree of human appearance, provides intelligent speech feedback on all text questions posed by the students. This feedback is designed based on common questions asked by students in the actual classroom setting. Thus, the i-Teacher allows students to experience an authentic learning environment. The students can select various characters according to their preferences.


On Demand Power Point Presentation

On-demand power point presentations of all subject contents are provided. These presentations illustrate the subject contents and provide students with knowledge and skills to meet the learning objectives. They mimic actual classroom teaching by the teacher. Unlike the normal classroom teaching, however, these presentations can be repeated as many times as desired to enhance learning and understanding of the concepts learnt.

Monday, March 8, 2010

Score A Programme™ - Existing Form 4 and Form 5 Syllabus


Form 4 & 5 Arts Stream (7 Subjects)

1. English
2. Mathematics
3. Sejarah
4. Science
5. Perdagangan
6. Prinsip Akaun
7. Ekonomi Asas

Form 4 & 5 Science Stream (6 Subjects)

1. English
2. Mathematics
3. Sejarah
4. Physics
5. Chemistry
6. Biology

New Distributor Orientation - NDO 20 March 2010


Score A Programme™ - No. 1 Malaysian Webucation Business


"If you have ever wished that you could just once be in the right place at the right time, you should seriously consider webucation itself, or marketing a webucation product. With the number of online users growing every day, the market is limitless and the opportunities are endless."

"Online continuing education is creatf in a new and distinct educational realm, and it is the future of education. There is a global market here that is potentially worth hundreds of billions of dollars." - Peter Drucker

Score A Programme™ - Testimoni Pelajar UPSR 2009


Tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR 2009 dengan bantuan Score A Programme.

Berikut merupakan beberapa testimoni mereka:

Adira Frank (pg 2): ... the eNotes help me to find the answers quickly.

Chin Kah Lok (pg 3): ... It is user friendly and effective.

Wang Pui Kei (pg 5): ... menghilangkan kebosanan berdepan dengan buku. Wujud semangat terus berusaha menjawab soalan dan menambah keyakinan diri.

Tan Tong Fang (pg 9): ... help me to get 10 years question..., and I can do exercise anytime.

Khiirthanna (pg 10): ... is very motivating, fun and exciting.

Shalini (pg 14): The notes are very easy to understand and colourful.

Yogeswari (pg 18): I learn at my own flexible time and ability.

Siti Hamizah (pg 20): ... Saya tidak perlu membuka buku rujukan kerana Score A ada segalanya.

Nurrisa Hasmin (pg 24): ... Cara pembelajarannya amat menarik, berkesan dan mudah.

Thevina (pg 27): ... lots of practise and many different types of questions.

Devaraj (pg 30): ... opportunity to do ample exercises independently.

Muhammad Afiq (pg 31): ... mudah dan praktikal...

Devaraj (pg 33): ... do not have to wait for my paper to be marked by my parents. ... can keep on repeating the exercise until I get good at the subject.

Ratnahsre (pg 36): ... has benefitted me... and in my school assignments too.

Nur Haslinda (pg 37): ... ibu saya telah menghantar saya ke pelbagai program motivasi namun tiada perubahan sehinggalah saya menyertai program Score A....

Siti Raudah (pg 38): ... ia menjadi "medan pertandingan" untuk saya meraih keputusan yang tertinggi ketika menyemak di ruangan Nationwide Honours Roll.

Afiqe (pg 39): ... Saya boleh mengurus masa belajar saya sendiri tanpa dikongkong sepenuhnya oleh ibu bapa saya.

OK, tak dapat saya nak catatkan di sini semuanya... terlalu banyak.

Kesimpulan yang dapat saya rumuskan di sini ialah bahawa Score A Programme ini memang terbukti membantu pelajar-pelajar untuk berjaya didalam peperiksaan, hatta seorang pelajar yang lemah pun boleh mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini dengan latih tubi yang betul dan berkesan.

Friday, March 5, 2010

Keputusan SPM, STAM 11 Mac

Sumber Utasan Malaysia - 05/03/2010

KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.

Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom berkata, calon-calon kedua-dua peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, analisis keputusan peperiksaan tersebut juga akan dibentangkan pada hari yang sama di Kementerian Pelajaran.

Sejumlah 465,853 calon mengambil SPM dan 6,920 lagi menduduki STAM tahun lalu.

Score A Programme on Facebook