What is Score A Programme™?
Is a fully interactive programme based on the official government syllabus that has been proven effective to help students be exam ready and Score A’s. "Your Dream, Our Vision, Do Not Choose To Be A Commoner.!"

Saturday, April 10, 2010

Score A Programme™ - Dr. Ilias Zaidi (Ph.D.)

Alhamdulillah, kami dengan segala hormat dan penuh syukur mengalu-alukan penyertaan Dr. Ilias Zaidi (Ph.D.), mantan profesor dan juga bekas pensyarah di UiTM untuk menyertai kumpulan kami dalam Score A Programme™.

Penyertaan beliau merupakan satu penghormatan bagi kami. Nama beliau amat tersohor dalam bidang akademi dan juga merupakan seorang penulis prolifik yang telah banyak menyumbang didalam bidang kewartawanan dan penulisan khususnya buku-buku berunsur pelajaran dan peperiksaan.


Beliau telah menulis lebih dari 230 buah untuk peringkat sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah bersedia menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Beliau juga merupakan seorang pengkritik sastera yang terkenal dan bekas seorang wartawan yang berpengalaman.


Walaupun telah bersara sebagai seorang pensyarah, beliau tidak pernah bersara dari memajukan dan menyumbang kepada kemajuan dalam bidang akademik dan pendidikan anak bangsa. Kemasukan beliau dalam Score A Programme™ dan kumpulan kami khususnya merupakan satu penghormatan kepada kami dan syarikat Kenshido dan semoga momentum dan kehebatan Score A Programme™ berterusan dan semakin meningkat selaras dengan kehebatan nama beliau.

Biodata Dr. Ilias Zaidi.

Hebat!.

Saturday, April 3, 2010

Score A Programme™ - 1 Portal 1 Keluarga



Perasmian 1 Portal 1 Keluarga

Tarikh:
15 April 2010

Tempat:
Auditorium Perdana Siswa Universiti Malaya

Bersama Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran
Score A Programme on Facebook